Tahun 2020, Cakna Palestin melangkah lebih serius dalam  memperjuangkan nasib wanita Palestin yang kian dibantai oleh israel.

Nota: israel dieja menggunakan huruf kecil bagi menunjukkan kita kita tidak pernah mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara berdaulat.
MOA FOR ICPKL 2020

Mutual of Agreement for ICPKL

Didalam Persidangan pertama  Malaysian Woman Coalition for Palestine and AlQuds (MWCQP) bagi 2020 yang dibuat pada 11 Jan 2020 di pejabat Yayasan AlQuds Malaysia, Pengerusinya Dr. Fauziah menegaskan akan kepentingan masyarakat untuk bersatu membebaskan Palestin.

Dua perkara asas yang ditekankan adalah Kesatuan dan Keadilan.

How can we unite in diversity?

Matlamat yang jelas  dalam gabungan ini adalah kita ingin bersama-sama membebaskan Palestin dan memberikan mereka hak yang sepatutnya dikecapi oleh manusia. Matlamat ini cukup untuk kita bersatu tanpa mengira latar belakang politik dan dan agama.

Hanya 200 kerusi dibuka kepada rakyat Malaysia.

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia  diwakili oleh Cik Azlina Che Harun (kiri) merangkap Bendahari Kehormat pertubuhan  dan Cik Nurul Huda Mamat (kanan) Eksekutif Pengurusan Operasi .

 ICPKL merupakan persidangan antarabangsa bagi meneruskan perjuangan ini diharap akan mendapat sambutan yang baik dari seluruh rakyat Malaysia. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada lebih 50 buah negara dan menjangkakan 500 peserta luar negara akan hadir.

Cakna Palestin dengan ini berharap pencinta Palestin akan mengikuti rapat perihal persidangan ini dan terus menghangatkan isu-isu Palestin agar israel merasa  lebih tertekan dan melakukan lebih banyak kesilapan.

Kami percaya, selepas beberapa bulan pilihanraya dan kegagalan mereka membentuk kabinet adalah satu petanda kegoyahan mereka dari dalam dan mungkin ia adalah petanda ambang kejatuhan israel. Kini israel akan melakukan pilihanraya kali ketiga bagi mendapatkan sokongan warga israel. Bekas presiden israel Benjamin Netanyahu kini  masih samar kerana mempunyai kes yang belum selesai di mahkamah.

15 Januari 2020