Beit Hanoun, Utara Gaza

Alhamdulillah. Selain pek makanan, dua rakan NGO CP telah melaksanakan Iftar untuk penduduk Gaza di Khan Younis dan di Beit Hanoun bagi pihak Cakna Palestin.

Gambar ini adalah di Beit Hanoun. Dilaksanakan oleh sebuah Ngo kecil disana iaitu Palestinian Association of Benevolent and Works yang diwakili oleh Saudara Muhanna. Sebanyak 60 buah keluarga dari fakir miskin telah dibekal dengan juadah berbuka puasa pada minggu ke-3 pada bulan Ramadhan tahun 2020 di sana.

Alhamdulillah, sejak Ramadhan sumbangan yang diterima tidak putus. Fasa kedua untuk Gaza telahpun selesai diagihkan pada hari ini, 14 Mei 2020 setelah beberapa hari mengalami masalah.

Alhamdulillah, hari in in semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sejak ditubuhkan pada 2008, aktiviti memberi makan kepada penduduk Gaza di bukan puasa merupakan acara tahunan bagi kami. Dahulu kami dikenali sebagai Misi Sekretariat Cakna Palestin sehinggalah tahun 2011.

Dengan sokongan rakyat Malaysia, Cakna Palestin tidak pernah berhenti membantu Gaza. Namun fokus utama kami dalam pendidikan menjadikan kami tidaklah begitu dikenali seumpama ngo yg memberi bantuan makanan.

Kami sangat mengalu-alukan bantian dari anda untuk Palestin.
Salurkan sumbangan anda melalui akaun kami:

Maybank : 5530 3803 3881
Bimb: 0301 8010 1229 39
@
https://www.billplz.com/UncangRamadhan2020

“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang terbaik” – Saba’ : 39