PROFAIL

cakna palestin

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia adalah sebuah Badan Bukan  Kerajaan yang menjalankan   pelbagai aktiviti & program berkaitan   negara   Palestin yang sedang dijajah oleh rejim Zionis Israel.

Website ini telah disabotaj oleh pihak tertentu dan akibatnya, semua kandungan beberapa tahun operasi kami telah hilang sepenuhnya. Justeru, kami mengambil waktu untuk membina semula web ini.  Untuk sebarang info pertubuhan ini, boleh layari blog kami sewaktu awal penubuhan ketika masih mengguna nama  Sekretariat Misi Cakna Palestin, http://misicaknapalestin.blogspot.com 

Kami juga telah menukar talian Hotline Hotline  kami dari  011 1073 2010 kepada 011 2616 2010.  Namun talian telefon pejabat dan fax masih sama.

[trx_highlight type=”1″]Kisah Penubuhan[/trx_highlight]

Rentetan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008, gabungan 34 NGO negeri Kelantan membuat perbincangan ekoran rasa prihatin terhadap apa yang terjadi terhadap penduduk Gaza pada ketika itu.

Satu himpunan solidariti besar-besaran diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bagi menyebarkan isu ini kepada seluruh rakyat Kelantan umumnya dan seterusnya melancarkan kutipan derma

bagi disalurkan kepada rakyat Gaza. Dari situlah, lahirnya sebuah organisasi yang dikenali Sekretariat Misi Cakna Palestin. Penubuhan jawatankuasa dibentuk semenjak awal bagi memperkemaskan operasi bagi

membantu penduduk Gaza secara khusus dan Palestin secara amnya.

[trx_highlight type=”1″]Penjenamaan semula[/trx_highlight]

Mulai tahun 2011,  Sekretariat Misi Cakna Palestin didaftarkan secara rasmi dengan nama Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Cakna Palestin dibawah  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

pada 3 Julai  2011 dengan no pendaftaran (PPM-003-03-07032011).