Sebahagian daripada kita mungkin mengganggap mimpi anak-anak yatim Syria adalah hal kecil yang mudah diwujudkan. Tapi hakikatnya, mereka kehilangan orang tua saban hari bahkan juga peluang untuk mendapat pendidikan walaupun dengan keadaan sederhana. Krisis di Syria telah membawa kesan buruk terhadap pendidikan; meninggalkan lebih 7,000 sekolah musnah dan kira-kira 2 juta kanak-kanak tidak bersekolah.

  • Ada yang sangat meminati bidang penulisan dan pembacaan, namun tetap tidak dapat bersekolah kerana tiada sekolah yang beroperasi di sekitar tempat tinggal mereka.
  • Ada yang sanggup mencantum kertas-kertas kosong sehingga menjadi buku nota kecil, namun masih banyak lagi keperluan persekolahan yang tidak mampu dimilikinya.
  • Paling menyedihkan apabila ada antara anak yatim Syria yang terpaksa berhenti bersekolah kerana terpaksa mencari rezeki menampung keperluan adik-beradiknya.

 
Namun, jika ditanya, andai diberi peluang pekerjaan, apakah cita-cita mereka? Jawab salah seorang anak Syria, “Aku mahu menjadi seorang penjahit baju!”. 

Pendidikan amat penting bagi membangunkan sesebuah negara. Oleh itu, Cakna Palestin telah mewujudkan satu inisiatif untuk membuka peluang baru anak-anak muda di Syria untuk meneruskan pengajian melalui Dana Kempen Pendidikan Syria 2020.

Kempen Pendidikan Syria

Masih ramai anak-anak pelarian Syria di Turki dan Idlib yang tercicir sekolah sejak perang meletus. Mereka yang berpotensi ini seharusnya diberi peluang untuk mengembangkan ilmu ke sekolah agar selepas menamatkan pengajian, mereka dapat kembali ke Syria untuk menyumbang bakti ke tanah air tercinta.

Melalui Kempen Pendidikan Syria, anda boleh bersama-sama membantu pelajar Syria yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka.

Cakna Palestin merupakan penaja bagi ramai pelajar Palestin dan Syria sejak 2013. Kini, kami mengajak anda semua untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan dalam Kempen Pendidikan Syria.

Sumbangan yang anda berikan akan digunakan untuk membiayai yuran-yuran dan kelengkapan pengajian pelajar Syria yang terpilih. Selain itu, sumbangan ini juga akan disalurkan bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar ini.

  Dana Tabung Pendidikan Syria

Akan tetapi dana sebanyak RM80000 yang kami ingin capai masih tidak cukup. Tanpa bantuan anda, anak-anak pelarian Syria ini berisiko diberhentikan persekolahan.

Ayuh kita bantu ringankan beban anak-anak Syria ini. Alangkah gembiranya wajah mereka dapat memperoleh pendidikan hasil dari sumbangan sahabat sekalian.

Pihak Cakna Palestin membiayai pengajian anak-anak pelarian Syria di Turki dan Idlib. Masih ramai lagi anak muda di Syria yang memerlukan bantuan pembiayaan pendidikan. Oleh itu, sumbangan anda amat diperlukan bagi membantu mereka. 

Diharapkan sumbangan anda ini dapat membantu pelajar-pelajar Syria untuk menempatkan diri serta menamatkan pengajian. Sekaligus menjadi tonggak dalam membantu umat Islam yang lain di Syria.

“Perkara yang kecil di mata kita,adalah impian besar bagi merekamurah rezeki serta panjang umur  bagi para pemberi sedekah”

Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki serta membalas sumbangan anda dengan kebaikan pahala di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Firman Allah SWT: 

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya :  “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

(Surah al-Baqarah: 261)

  Dana Tabung Pendidikan Syria

  1. Untuk memudahkan anda menghulurkan bantuan, kami telah susun mengikut pakej seperti di bawah:

✅ PAKEJ DIAMOND = RM300 

✅ PAKEJ GOLD = RM100 

✅ PAKEJ SILVER = RM50 

PAKEJ SEIKHLAS HATI = SEIKHLAS HATI

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : Maybank

Nama : Cakna Palestin

No Akaun : 5530 3803 3881

@

Bank : CIMB

Nama : Cakna Palestin

No Akaun : 860 179 4507

Tolong letakkan reference “TPS” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana

  1. Upload bukti sumbangan ke dalam kotak yang disediakan. Jika tak dapat, sila emel resit bayaran ke caknapalestinorg@gmail.com

‍‍‍‍‍‍   ‍‍   ‍‍‍‍‍‍   ‍‍

  1. Isi butiran sumbangan di bawah yang diperlukan dengan lengkap.

‍‍‍‍‍‍   ‍‍   ‍‍‍‍‍‍  

[BONUS] Demi menghargai sumbangan ikhlas anda kepada anak-anak muda Palestin ini, kami berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah ebook Terapi Dompet Berisi Versi Premium yang berharga RM99 secara PERCUMA kepada anda.

Ebook Terapi Dompet Berisi ini merupakan satu panduan untuk menjemput dan meluaskan rezeki dengan mudah. Insya Allah jika diamalkan, Allah akan mengurniakan rezeki yang sentiasa mencukupi kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyumbang. Semoga Allah membalas dengan rezeki dan pahala yang berterusan, Insya Allah.

Bersama-samalah kita memperjuangkan nasib saudara seislam kita di Syria dan Palestin.

Penafian:

  1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
  2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
  3.  Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi    Cik Huda di + 6011 2616 2010