Sejak PKP 1, Cakna Palestin telah melancarkan Tabung Covid untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas. Alhamdulillah, pelbagai bentuk sumbangan telah diagihkan kepada masyarakat, Contohnya bahan basah seperti ikan dan ayam (rujuk artikel: Semarak Ramadhan Bersama Asnaf di Bunut Payong dan Kok Lanas | PERTUBUHAN CAKNA PALESTIN MALAYSIA) dan juga Bantuan di Sabah (rujuk artikel: Bintulu, Sarawak: Bantuan Covid & Ramadhan untuk asnaf. | PERTUBUHAN CAKNA PALESTIN MALAYSIA).

Dana Kecemasan Sabah dilancarkan semasa Sabah dikenakan PKPB akibat penularan Covid 19 sebelum berlakunya pilihan raya negeri. Dana dikumpulkan akibat team kami bertalu-talu mendapat mesej dari warga Sabah yang memohon bantuan.

Hasil kerjasama dengan beberapa ngo, Cakna Palestin bersetuju untuk turut serta dalam misi bantuan yang memakan kos agak tinggi ini.

Hasilnya. pada awal Oktober sebanyak RM 15,000 dikeluarkan untuk membantu frontliners membeli kelengkapan yang diperlukan oleh Klinik di beberapa daerah bagi menampung keperluan yang mencanak naik seiring peningkatan bilangan saringan Covid19 di seluruh Sabah. Fokus utama waktu itu membekalkan sebanyak mungkin keperluan agar frontliners dapat bekerja dengan baik dan selesa.

Susulan itu, dalam fasa kedua setelah dapat mengumpulkan dana dalam beberapa ribu, kami terus menyalurkan sumbangan untuk membeli pek makanan untuk diagihkan kepada penduduk di sana. Sasaran kami adalah semua penduduk Sabah yang memerlukan termasuk dalam kategori “stateless”. Kami juga bekerjasa dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta beberapa Exco negeri dari pelbagai negeri untuk membantu rakyat yang tercicir.

Jabatan Amal Sabah sentiasa bersama Team Kami dalam menghubungkan ngo dengan saasaran kami yang kadang kala jauh di pedalaman.
Bantuan awal PKP di pedalaman, Gua Musang Kelantan.
Sumbangan di sebuah pulau di Sabah sewaktu Bulan Ramadhan.

Sumbangan bagi Projek CCM ini akan terus dibuka kerana kami akan terus mengagihkan bantuan pek makanan ke seluruh negara (mengikut keperluan). Manakala Bantuan Laptop4Asnaf yang mensasarkan anak-anak Asnaf yang berjaya ke universiti juga akan dibantu pada akhir Disember ini.

Buat pada dermawan yang ingin membantu dalam projek yang menyantuni asnaf ini, boleh salurkan bantuan melalui no akaun yang tertera diatas atau boleh klik pautan dibawah.

💰 Pautan mudah untuk menderma bagi Dana Kecemasan Sabah :
https://www.billplz.com/KecemasanSabah

INFO LANJUT BERKENAAN PROJEK: https://wa.me/p/3653848318056942/601126162010