Kota Bharu, 2 Dis 2018

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia akan terus komited dalam membantu rakyat Palestin. Pada tahun 2018, pihak Cakna Palestin tetap melakukan Ibadah Qurban di Gaza, Palestin walaupun penyertaan tahun ini berkurang hampir 50 % berbanding tahun lepas. Mengambil kira Qurban di beberapa buah negara ummat Islam yang lain lebih murah dan keperluan mendesak di negara-negara yang mengalami kebuluran, kami percaya bahawa rakyat Malaysia masih lagi suka membantu ummat Islam yang memerlukan. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang sudi untuk terus bersama kami dalam misi Ibadah Qurban 1339H/ 2018 ini.

Pada tahun 2018, kami telah melakukan ibadah Qurban di dua buah negara iaitu, Gaza Palestin, dan Cox Bazar, Bangladesh.

Di Gaza Palestin,  Qurban dilakukan di tiga buah tempat, diwakili oleh 3 pihak.

  1. Pihak Viva Palestina (Dengan kerjasama Viva Palestina, dan agihan dilakukan oleh Palestinian Orphans Home  Association)
  2. . Keluarga Tamer Nassier di bandar Gaza.
  3. Masjid An-Nassar (Di bawah keluarga Ali Hisham)

Alhamdulillah, projek hasil kerjasama dengan NGO tempatan disana berjalan dengan lancar bermula pada Hari Raya Qurban pertama dan Ketiga.

Manakala, Pihak Cakna Palestin telah mengamanahkan  kepada Saudara Jamulidddin a.k.a Pak Jamu daripada NGO Yayasan Amal Malaysia untuk mewakili Cakna Palestin ke Bangladesh untuk menyempurnakan ibadah Qurban bagi pihak kami.

Ibadah Qurban tersebut telah dilakukan pada hari kedua dan lembu-lembu terlibat telah disembelih sendiri oleh Pak Jamu.

Pihak Cakna Palestin dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam projek Ibadah Qurban kali ini.

Terima Kasih Daun Keladi,
Tahun depan Qurban lagi.

“Kemanusiaan Melangkaui Sempada”

Nurul Huda Mamat,

Eksekutif Operasi
Cakna Palestin

http://<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FPERTUBUHANCAKNAPALESTINMALAYSIA%2Fvideos%2F2581082688783770%2F&show_text=1&width=560″ width=”560″ height=


"381" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allow="encrypted-media" allowFullScreen="true"></iframe>