Updates:
Tarikh: 11 Mei 2020.
Kawasan: Bunut Payong dan Kok Lanas
Jenis Bantuan: Ikan Segar (2kg per penerima)
Penerima: 420 orang

Haji Abdul Shakur bersama Penyelia DUN Kok Lanas yang juga merupakan AJK Cakna Palestin, Ust Nik Mahadi nok Mahmood

Kehadiran: YB DR Ramli Mamat (Bunut Payong) dan Penyelia DUN Kok Lanas , Ustaz Nik Mahadi
Nik Mahmood
Wakil CP: Ust Wan Mohd Sharafi ( Presiden) dan Hj Abdul Shakur Sharrie (Timbalan Presiden II, selaku pelaksana utama projek Semarak Ramadhan) bersama Mohd Rushdan Ismail Pengurus Projek Cakna Palestin.

Bantuan kepada masyarakat diteruskan dengan pembahagian ikan di dua tempat. Kok Lanas dan juga Bunut Payong.

Dengan kerjasama ADUN di tempat tersebut, ikan diberikan kepada hampir 210 buah keluarga di satu kawasan.

YB Dr. Ramli Mamat melihat pembahagian ikan kepada asnaf-asnaf di Dun Bunut Payong ditemani Presiden Cakna Palestin, Ust Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa

Alhamdulillah.
Setakat ini hampir RM 30 Ribu telah dihabiskan bagi tujuan program Semarak Ramadhan bersama Asnaf ini.
Penaja utama sudah semestinya ada YB-YB di Malaysia dan rakyat Malaysia yg tidak putus menyumbang melalui kami.

Cara menyumbang: https://www.billplz.com/URM2020
@
0301 8010 1229 39 (Bank Islam)
Ref:URM