Pek-pek makanan berjumlah hampir 12 000 telah diedarkan kepada warga Gaza di Pusat Kuarantin Covid19 bagi meringankan beban rakyat Gaza yg memerlukan. Sejumlah RM10,000 sehari telah diperuntukkan bagi memberi makan rakyat Palestin dalam program Dapur Malaysia. Program ini mendapat kerjasama banyak ngo di Malaysia dan dikendalikan oleh saudara Nadir AlNuri, pengasas Cinta Gaza Malaysia di Gaza

Pada awal September, kes Covid 19 di Palestin telah meningkat dengan mendadak dan ramai rakyat Gaza terkesan akibat perlaksanan LOCKDOWN.

Cakna Palestin sedia maklum bahawa Gaza sememangnya sentiasa memerlukan bantuan. Maka, dengan perlaksanaan Lockdown di bumi Gaza, maka akan bertambahlah kesengsaraan penduduk Gaza dan bertambahlah jumlah penduduk yang memerlukan bantuan.

Seperti yang dijangka, kami menerima mesej dan email bertalu-talu dari bumi Gaza. Disaat keringat kami masih mengumpulkan dana bagi membantu Lubnan, kami tidak mampu untuk menolak permintaan yang bertalu-talu dari Gaza.

Setelah meneliti keadaan dan kemampuan semasa, Cakna Palestin telah bersetuju untuk membantu Rakyat Gaza melalui memberikan makanan kepada warga yang memerlukan. Alhamdulillah, Cinta Gaza Malaysia telah mengajak kami dan beberapa NGO lain untuk bersama mereka dalam program Dapur Malaysia. Kami berbesar hati untuk bersama mereka dalam projek ini.

Giliran Cakna Palestin untuk memberi makanan jatuh pada pada 6 Oktober 2020. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Kami di CAKNA PALESTIN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan kami memohon untuk terus bersama kami dalam program-program seterusnya yang aka datang . Kami baru sahaja membuka Tabung Musim Sejuk 2020 (TMS2020) untuk membantu rakyat Palestin dan pelarian Syria.

TABUNG MUSIM SEJUK 2020 (REF: TMS20)
Bank Islam – 0301 8010 1229 39
Maybank – 5530 3803 3881
Link BillPlz- https://www.billplz.com/TabungMusimSejuk20